Nur Aufa Khadijah binti Muhamad Muaz....
Inilah nama terbaik dan mulia maksudnya yang bakal menjadi identitimu sepanjang kau menjadi manusia di dunia ini sayang...
ibu mahu kau menjadi sesetia dan semulia siti khadijah isteri pertama Rasulullah...Ibu mahu kau setia dengan ibu dan abah menjadi anak yang taat dan patuh kepada kami, Allah dan rasul.
Namun untuk melahirkan puteriku ini bukan semudah yang disangka, tidak sesenang yang dianggap... owhhh... hatiku sebak tiba2 saat teringatkan kembali saat itu, saat melahirkannya... penuh dengan air mata dan kepasrahan...masa tulah sepenuh2 kepasrahan dan berserah kepada kuasa dan kehendak Allah yang menentukan... Aku tidak pernah sekali terfikir dan terjangka saat itu begitu getir dan perit, oleh kerana itu hati aku ketika itu sangat rapuh...
11 Jun 2012 Selasa
Masa tu pukul 3 pagi, aku turun tanda darah bercampur lendir. Ma suruh aku pergi cek di Hospital Selayang. Tapi bila doktor cek, doktr sahkan jalan aku baru buka 0.5cm saja dan dia kata tunggu betul2 sakit dan ade keluar air dulu baru datang semula ke hospital. Ok, kami balik rumah semula.
13 jun 2012 01:00am
Malam tu vagina ku mengeluarkan air saat aku duk berbaring atas katil dalam kul 1 pagi, sikit saja. Aku bagitahu ma pasal air dah kuar tu, dia cakap cepatlah gi hospital mungkin tu air ketuban dah keluar kot. So aku cecepat kejut suami dan dia ajak gi sepital malam tu jugak... Sambil nak pergi tu aku berseloroh kat mak aku yang tinggal di rumah, jangan gelakkan akak tau kalau doktor suruh akak balik semula... diorang gelakkan aku... malu ko tau, pergi2 tapi kena suruh balik semula... sampai hospital, si gynea tu byk pulak tanya aku air awak tu byk mane, kaler ape, pakai pad tak. Isyy.... byk plak tanya, mana aku tahu... air tu menitik di baju.. Last2 dia cek jalan aku, hanya buka 1 cm je dan dia suspect air tu mungkin keputihan aku. So dia suh aku amik ubat keputihan di bahagian farmasi...cett...aku tak gune pun ubat tu, aku bukannya ada keputihan pun.. So, tersengih2 aku balik semula ke rumah...hahaha..
12 Jun 06:00am
Sepanjang malam aku memang tak dapt tidor. Hatiku bercelaru dan tak keruan.. tertanya2 bila baby nak keluar ni, due dah lepas 3 hari dah ( spatutnye 9 hb ) .. ade sedih, ade takut, ade rasa tak sabar2. Tapi sepanjang malam tu aku merasa sakit pinggang sekejap datang memulas pastu berhenti, pastu sakit balik... Macam2 perasaan ade masa tu... Pagi tu bila saat azan subuh berkumandang, tiba2 aku yang memang start kul 3 pagi dah mula merasakan contraction ( rasa sakit bukaan rahim ) memang selang 3 minit sekali rasa sakit tu mula pecah ketuban.Terkejut aku ketuban tu pecah, habis terkena bantal sebab aku tido lapik punggung dgn bantalkan. Terus turun katil dan air ketuban tu mencurah lagi atas lantai. Aku kejutkan suami dan dia bingkas bangun. Aku suruh dia pergi sembahyang subuh dulu sementara aku bersiap2 untuk ke hospital.Jalan di KL memang dah confirm jem, wcmnepun kami tukar plan untuk bersalin di HKL, sepatutnya nak bersalin di Hospital Selayang. Tapi takut kena suruh balik lagi.huhu...
Setibanya di Hospital tepat jam 8 pagi aku ke bilik pendaftaran. Alahaiii... banyaknye procedure dia. Ade ramai pelatih2 kat bilik tu.... pelik sekejap aku tgk ramai, bila tahu diorang tu pelatih baru aku faham. Doktor cek jalan masih lagi 1cm. Kemudian ade sorang nurse senior ni dtg korek kasi kuar air ketuban, dia kata sebab air ketuban banyak jadi jalan lambat bukak. Bila dah setel urusan di bawah tu, diorang tolak aku ngn wheelchair naik kat ward di tingkat 2. Macam org sakitlah pulak aku ni..huhu...
Suamiku begitu setia di sisi saat aku
memerlukannya... walaupun dia tidak boleh berada bersama setiap masa, namun
kehadirannya dan kesetiaannya menunggu dan menjagaku di saat2 genting begitu
sangat membuatku terharu…
Waktu melawat hanyalah pada pkul 12:30 tghr – 2:00
ptg dan 4:30 -7:00 ptg… tengahari tu sedang aku baring sambil menanti suamiku
datang aku terlena dan sedar2 suamiku sudah berada disebelah
katilku. Merenung ke wajahku, saat ku bukakan mata terus tangisnya berhembur
bak tangisan yang sudah lama ditahan-tahan…Aku tahu air mata itu ikhlas, namun
aku tidak menangis bersamanya, cuma menenangkannya. Aku akan rasa makin sakit kalau
turut menangis… Kami makan tengahari bersama. Habis waktu melawat suamiku tak
balik rumah, tapi dia lepak di Masjid dalam hospital untuk tunggu masa melawat petangnye. Memang berat hati untuk melepaskannya pergi kerana aku harap dia
akan ada bersama aku sepanjang masa. Contraction masih berlaku dan jaraknya 10
minit sekali, dan ianya sangat menyakitkan…
Malamnya, aku masih bersendirian… menahan kesakitan
yang teramat sangat, adakala air mata memang sudah tidak dapat dibendung lagi
dari menitis… Kasihan dengan diri sendiri… dan dari situ satu persatu dosa2 yang kulakukan terlintas di benak…satu…demi satu… Mungkin inilah balasan
dosa2 yang pernah kulakukan dulu…Ya Allah kalau benar ini adalah jalan penghapus
dosa aku redha ya Allah…
Sedang aku melayan perasaanku, nurse datang melawat.
Dia minta suami bawakan inhaler yang aku guna untuk penyakit lelahku malam
ini juga, lalu aku call suami untuk bawakannya. Dia datang lepas solat Isyak bawak inhaler tu. Lalu duduk di sisi aku, dan kami berborak sekejap. Suami
bagitahu, yang abah ada buat solat hajat di surau untuk mendoakan kemudahan dan
keselamatan aku untuk melahirkan. Ya Allahhhhh…… Mulianya hati ibu bapaku…
Masih ada yang sayangkan aku, dan masih mahu melihat aku hidup..( itu perasaan
aku yang selalu merasakan orang tak sayang kat aku ). Menitis air mataku saat
itu malah tersedu2 di tapak tangan suamiku… Saat malam itu terlalu syahdu….
14 Jun 2012 ( Khamis ) 03:00am
Sepanjang malam hingga ke pagi itu contraction terus berlaku, baby mengeras dan pinggangku meregang… Sakitnya, hanya
Allah yang tahu. Aku tak boleh baring sebab kalau baring lagi sakit kesakitan
tu… Pukul 5 pagi, nurse nampak aku duk berguling2 di atas katil menahan sakit,
dia tanya kenapa? Aku cakap sakit. So dia suruh aku pergi ke bilik rawatan
untuk periksa jalan samada sudah terbuka berapa cm. Bila diperiksa, jalan masih
2cm seperti hari pertama aku sampai di hospital tu… Ya Allah… aku pulang ke
katil dan sembamkan muka ke bantal dan menangis semahu-mahunya… Ya Allah, dosa
aku dengan sapa lagi yang belum lepas ni? Berilah petunjuk-Mu ya Allah, kenapa
susah sangat jalanku nak terbuka ni sedangkan sakit ni dah tak tertanggung lagi
rasanya…
Paginya dalam pukul 9 pagi, sedang aku bersalin
pakaian dan mandi nurse panggil aku ke bilik rawatan. Aku tengok ramai bakal2
ibu sedang menunggu giliran untuk diperiksa doktor. Bila sampai giliran aku
doktor cek jalan aku dan dia kata dah 3cm, so aku boleh masuk labour room.
Alhamdulillah…. Itu yang aku tunggu… walaupun hanya 3cm tapi doktor dah benarkan
masuk labour room sebab kat sana nanti doktor akan induce ( masukkan ubat untuk
kuatkan bukaan jalan ) jadi aku bolehlah beranak harini… Balik ke bilik aku
menangis lagi, menangis kesyukuran… Ya Allah...ada hikmahnya semua ni…