Pages

Monday, September 24, 2012

Khadijah Ikut Ibu Ke Tempat Kerja

Okeh.... Suke sangat dapat bawak anak ke tempat kerja (sebenarnya aku tak sampai hati nak tido malam tanpa dia kat tempat kursus ni...hukhuk...) 

First kursus lepas bercuti lame... ( cuti sebab tengah sarat, beranak, berpantang dan beraya ) memang lame... maybe ade dekat 4 bulan aku tak urus kursus2 syarikat. Neves jugak, seminggu sebelum kursus macam2 fikir ni, mane nak tinggal baby, camne nk kursus kau baby nangis, semua kena fikir... Tapi aku tak risau sebab bila Allah bagi dugaan camni, Allah sengaja mahu uji macamna hamba-Nya menyelesaikannya, dan akhirnya inilah penyelesaiannya... bawak baby ikut sekali gi kursus...yeaayyyy!!!!!!!

Amboiii...kiri kanan, kiri kanan pusing kepala, seronok duk dalam aircond ye syg... Masa ni khadijah baru sampai hotel petang tu, aku pergi dulu dgn kete syarikat. Suami amik kat tempat pengasuh terus bawak sini... heppi tgk baby....


 Ibu tak sempat nak snap banyak2 pic baby sbb urusan keje lebih penting daripada semua tu. Walaupun baby ikut ibu kt tempat keje, ibu tak boleh senang2 skip keje ibu atas masalah peribadi. Baby kena redha duk kat bilik dengan abah ye syg... Ibu taknak guna hasil yang tak berkat untuk bagi makan baby... So, ibu tawakal je kat Allah semoga baby ok2 je duk ngan abah kat bilik...

Ni pagi hari terakhir kita kat sana kan.. Lupe nak bagi tahu kami di hotel Concorde Inn KLIA untuk kursus bersama kakitangan Bank Rakyat cawangan Shah Alam dan PJ. 

 Khadijah buat mke ngantok plak dia...hiks!!... 
comel sangat anak ibu ni (perasan)...

 Time ni ibu ngn abah tgh bfast kat cafe, baby lepas minum susu bagi puting sampai tertido dalam stroller tu..

Khadijah dah pandai tengok kamera lah...sukeee...
Masa ni kursus dah tamat dan ibu suke sangat bile balik bilik, tengok baby dah setel mandi sume, bilik dah kemas, pakaian dah packing2 masuk beg.... eeeeiiiii... tak terkata seronoknye dapat suami yang memahami dan ringan tulang ni... Thanks pa... love u taw...

Kite dah ready nak balik... Thanks to Allah so much for giving me this 'single cute small lady'...hehehe...

Thursday, September 13, 2012

Koleksi Khadijah bersama rakan2 sebaya Lahir 2012




1) Okeh, baby ni ibunya Nor Ain, rakan sepejabatku orang Johor. Menariknya beza kami kahwin selang sebulan dan beranak pun selang sebulan. Dia kahwin awal sebulan dari aku dan anak dia pun awal sebulan... Khadijah lahir 14 Jun 2012, Imrah Hadif lahir 14 Mei 2012..Macam dirancang2 kan... Gambar ni masa Hadif datang melawat khadijah dan ibu yang belum habis lagi pantang bawak sekali hadiah...time kasih hadif..


2) Baby ni pulak namanya Muhammad Hafizuddin bin Azizi. Dia ni anak ketiga ibu saudaraku yang bongsu, Moksu. Lahir betul2 diambang Ramadhan, lahir awal dua minggu dari due date nye dan sangat mudah sangat proses melahirkannya. Tarikh lahir 21 Julai 2012, muda sebulan 8 hari... 




3) Baby boy yang comel ni pulak namanya Haris anak kedua kepada member baik aku, liza orang terengganu. Masa ni baby Haris baru 25 hari datang beraya kat kampung aku Kelantan. Smart betul baju raya kemeja, tapi tangan bersarung lagi...hihi...Lahir kat sepital kajang, normal delivery. Tengok tu, bersepah dengan baby2 yang ade kat umah tu...hihi..comel kan...



4) haaaa.... Baby ni pulak namanya Sofea Ayuni, lahir 30 Mei, awal 2 minggu dari Khadijah. Kiranya ni anak saudara aku lah kan... Ayahnya Sofea ni adik kepada suami aku. Kami kahwin pada tarikh yang sama cume majlis kt sebelah perempuan je beza, menyambut menantu hari yang sama, 30 Jun 2011. Baby ni senang sangat lahir, bukaan rahim 4cm pun dah boleh delivery scara normal... Baby Sofea ni memang beza sangatlah feminin dia tu, lemah lembut orangnye tak macam Khadijah yang 2 bulan dah tegap badannya.... Kuat betul anak ibu ni..hihi....
 

5) Baby ni pulak Baby Afash anak kepada member baik aku juga, NurulHuda orang Pahang. Datang melawat kami masa aku dalam pantang dulu, Khadijah pun masih berbedung lagi masa ni...Afash ni anak kedua dia.Kebanyakan member2 rapat aku ramai yang dah ade sorang anak, kiranya time aku beranak ni diorang dah beranak yg kedua lah.. Almaklumlah kawen lambat skit kan, tak puas enjoy lagi katakan....
 

Friday, September 7, 2012

Baby saya telah disunat

 masa ni khadijah sungguh tengok budak 2 orang duk berlari2 dalam klinik tu..

Selesa je duk di pangkuan abah ye...

 Kaki tu kuat batul, awak tu baru 3 bulan lah syg, 
nanti bengkok tulang kaki tu..( ade ke camtu?)

Okeh...
Dah lama aku berkira2 nak sunatkan Khadijah.
Sejak dalam pantang lagi dah terfikir2 kat mane nak sunatkan dia.
Balik raya kampung, sepupunya yang tua 2 minggu pun dah sunat. Adoiii...
Risau jugakkan kalau dah besar baru nak sunat nanti susah sikit ataupun takut terlupe nak sunatkan je.
Last2 semalam aku try search kat tenet, cari senarai klinik kat Bangi ni. 
First telefon Klinik Syifa', dia kata boleh sunat tapi ada time dia. Isnin - khamis 9 pagi - 10 pagi kecuali rabu 8-10 pagi, weekend takde. (aku suka klinik syifa' kat Bangi ni sebab doktor2 dia sangatlah peramah terutama Dr Hasni )
Second call Klinik Ummi Salihah, seksyen 4 tambahan, Bandar Baru Bangi. Dia kata start petang sampai malam.. Okehhh....berehh.. 
SMS suami bagitau malam ni kita pegi sunat baby ye... suami kata ok...

Lepas maghrib kami bersiap2 untuk pegi klinik, Khadijah macam nampak happy je petang tu.( taktau ke ibu nak bawak gi sunat ni? hehe)
Sesampai kat klinik, ade 2 orang tengah tunggu giliran. Tunggu punye tunggu lame betul org kat dalam tu. 

 
 berbual2 dengan khadijah utk kurangkan sikit 
cemas aku....(ibunye pulak yg cemas)

Akhirnya tibalah giliran kami. Doktor tu dengan muka biasa tanya ade ape? Aku jawab nak sunat. Owh ok, bagi dia baring. Aku pun baringkanlah Khadijah kat atas katil yang dilapik tisu tu dan terus buka seluar dan pampers dia. Dia sangatlah comel malam tu, senyum dan gelak aje... Taktahu yang dia akan mengalami kesakitan malam tu, sabarlah wahai anakku...

Lepas siap doktor ambik sgala kelengkapan dia, dia suh aku pegang lutut baby kiranya dalam keadaan terkangkang lah kan....Tibe2 aku ternampak gunting dalam bekas alat dok tu. aduuhhhh...ngerinya.... Aku rasa macam nak tukar kasi suami aku yang pegang lutut baby time tu, dan terlepas tangan aku sekejap. Dok tu trkejut dan suh aku pegang balik lutut baby. Aku pun pegang balik tapi muka aku pusing ke sisi dapat tgk baby time tu sengih2 pandang aku. tiba2, tappppp!!!!


Aku tgk baby terkejut dan terus nangis sekuat2nya.. uwwwwaaa....

Dah siap tu doktor pun terus bawak perkakas dia tu ke sink untuk basuh apa yang patut. Masa tu baby tak henti lagi nangis, sambil aku pakaikan pampers dan seluar dia... Yang aku geram mase ni, doktor tu pandang kat kami, dan dia tanya, Kenapa? aku pelik dgn soalan dia, takkan tak tahu baby kan lepas sunat, mestilah sakit. dia sambung lagi cakap "baby lain nangis sekejap je" dengan nada yang sinis... Aku yang tak sempat dah nak pakaikan seluar jawab "dia nak nenen" dan terus angkut baby keluar klinik masuk kereta untuk susukan dia... Baby isap nenen dengan tenangnye... Dalam hati aku membebel lagi, napelah doktor tu cakap camtu, suka ati anak aku lah nak nagis lame ke sekejap ke...dah dia baby, mane dia tahu pape, lagipun menda tu sakit kot....ishhh,...geram aku..


Owh ye, bayaran untuk sunat ni murah je iaitu RM15..  kat tempat lain tak tahulah berapa, ade jugak sesetengah klinik tu charge RM20, still murah lagi kan...(wp terkilan dengan sikap doktor yg kurang mesra tadi, aku abaikan jelah..)