Pages

Friday, November 25, 2011

Mama at 3 months ~ Perubahan Hormon .




My baby is about 3months~
Apa yang saya rasai sekarang? hmmmm.... saya rasa sangat bahagia  saat si kecil ini berada aman di dalam rahim ini.. tenanglah wahai anakku berada di dalam, membesarlah dengan sebaiknya... usah kau gelisah dengan keadaan ibumu ini yang melalui kehidupan mencabar di luar ni... tidur dan dodoikan dirimu dengan kasih sayang yang ibu salurkan dalam nafas dan jantung ibu ini... ketahuilah sayang, hati ibu ini tidak dapat digambarkan betapa sayangnya ibu terhadapmu.... ' hmmm... tak sabar menantimu keluar melihat dunia ini'....
Kebelakangan ini dapat aku rasakan bahawa telah berlaku perubahan hormon dalam diri ini, aku sudah merasai bahawa deria bau ku ini tersangatlah peka, peka kepada bau badan dan bau orang memasak. Kalo yang aku masak pun tk boleh.... lepas masak, sure2 aku akan sembur satu rumah dengan fabreze utk hilangkan bau memasak tu... Ada lagi, perubahan di payudaraku yang sakit sejak di awal kehamilan lagi. Mungkin susu sedang diproses untuk diminum oeh anak kesayanganku nanti... Takpelah sayang, segalanya ok untuk mu, ibu akan sanggup berkorban apa saja untukmu sayang....

Ape motifnye letak gmbar kat atas?hehe.. gambar tu saja je nak letak untuk sukat tahap kegemukan diri setakat mengandung ni mengikut bulan.... minggu lepas aku check-up berat dah naik dalam 3 kg. dan pertama kali doc buat ultra-sound kat baby dan secara live nya aku boleh tgk my baby yang berada di dalam perutku, dah ada jantung, kaki pun dah ada... menitis air mataku saat tu, terharu sgt2...ibu syg sangat baby...

Ok, apa yang aku makan sekarang ye? Sekarang ni aku ambil makanan yang berkhasiat, sayur dan buah, Obimin yang klinik bagi, susu Hi-Goat dan tengah menunggu Monavie dari member aku... Harap2 aku akan tahu lagi apa makanan berkhasiat yang perlu aku makan untuk si kecil ni..

Ok, jumpa next posting ye.... bubaiiii..