Pages

Tuesday, January 29, 2013

Aku teringat..


Entah mengapa bila aku tgk balik gambar khadijah masa baby hati aku ni sayu sangat, rasa macam baru semalam berlaku peristiwa itu... Masih lagi segar ingatan terhadap rasa penatnya mengandung, sakitnya contraction dan tertunggu2nya saat utk menatap wajah khadijah utk pertama kali... arrghhh..... saat itu aku benar2 tiada daya, 100% aku pasrahkan kepada ketentuan Allah, andai nyawaku diambil masa tu aku pasrah, namun hati aku masih mengharap dan berdoa agar khadijah selamat keluar dan melihat dunia ini... Alhamdulillah, khadijah selamat dilahirkan dengan berat 3.3kg melalui czer section... Bukaan jalan aku hanya setakat 4cm sahaja selepas sehari berperang dengan kesakitan dan air ketuban pun sudah kering... Hanya air mata dan lafaz terima kasih pada Allah kerana sudi meminjamkan keindahan khadijah utk dijamah mata dan hatiku ini... Aku bahagia bersama khadijah, sekarang khadijah sudah 7 bulan dan dah boleh merangkak laju.. ibu bangga dengan pencapaianmu, semoga menjadi anak yang baik dan solehah ye syg ibu..


No comments:

Post a Comment