Pages

Tuesday, July 31, 2012

Cinta Hati Ibu. Potraiture DIY

Baby nampak teteklah sayang....

Alaaaa....comel anak ibu ni.. 
Reben kat kepala tu amik reben yang buat ikat pasu bunga aunty sara je...hihi

Mule2 letak baby tegak tapi baby jatuh senget sbb pinggang baby tak kuat lagi...

Ibu cepat2 snap... baby nmpak nak jatuh dan muka tu nampak garanglah...haha

Alalala.... penyejuk hati ibu dan abah ni...

Aufa Khadijah at 48 days

Hmmmm.... Alhamdulillah...syukur ya Allah...
Itulah yang bisa meniti dibibir ibu saat ini.
Ya Allah, gembiranya hari2 yang kulalui dengan kehadiran si kecik ni...Alhamdulillah si kecik nis angat lah sihat dan comel, keletahnya sangat menghiburkan.

Hari2 terawal baby dibawa pulang kerumah nenek ni, ibu mula mengalami sedikit tekanan dalam kegembiraan....hikhik... yelah, baby suke berjaga malam dan ibu pula selalu lena ditengah malam. Jadi perubahan yang terpaksa ibu hadapi tu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada ibu. Mana tidaknye, ngantok gile, tambah lagi stress sbb baby mintak susu dan selalu ngamuk2 sbb susu kurang. Tibanya waktu malam ibu dah rase takut...sbb baby siang2 hari tido, tapi bila malam mule lah nk menetek sepanjang malam. Kalaulah ibu tahu yang baby berjaga malam ni hanya pada waktu2 ibu berpantang je mesti ibu takkan stres, ibu akan layan je... So, apa yang ibu belajar, ibu kena tidur sekali bile baby tidur untuk dapatkan rehat secukupnya di siang hari untuk sama2 berjaga di malam hari...hehehe

Bila ade yang suruh bagi susu botol, ibu mula sedih. Sebenarnya ibu rase nak breastfeed baby secara eksklusif tapi ibu kena terima hakikat yang ibu terpaksa campur2 bagi baby minum susu badan dan susu formula. Alhamdulillah, pertama kali baby minum susu Lactogen yang abah beli, baby kelihatan sangat senang hati dan tidur lena sepanjang hari. Rupenye selama ni yang baby duk ngamuk2 tu sbb baby tak puas nyusu. Suke hati ibu tgk baby happy dan tenang je...

Walaupun baby minum susu botol, tapi baby tetap suka menetek dgn ibu... sampai penyek2 puting susu ibu, baby..baby.. Baby memang mule2 kenyang minum susu Lactogen, tapi nak tengok baby habiskan 2oz tiap2 kali nyusu sangatlah seksa. Rupenye susu ni tak elok untuk diminum sebab ade lemak Trans yang membahayakan. Lalu ibu try tukar amik Dutch Lady plak. baby nampak suke je... 

Sedar tak sedar baby dah 48 hari, kita sekang berada di hari ke 12 berpuasa di bulan ramadhan. Ibu pun sempat puasa 4 hari pastu keluar lagi darah semalam dgn harini..jenuhlah nak menggantikan pose ni nnt. Dan saat2 yang dinantikan, ibu akan kembali masuk bekerja. Walaupun berat rase hati untuk melangkah ke alam kerja setelah berehat lama tapi apakan daya. Nak tinggalkan baby kat pengasuh satu hal, syg rasenye nk bagi org lain jaga baby.huhuhu... esok atau lusa kita akan drive balik ke bangi ye syg. Ke teratak yg menghubungkan cinta abah dan ibu...kihkih... (smalam abah balik bangi utk kemaskan rumah yang tunggang langgang dikerjakan cik ti. iisssshhhh..geram.


Kedua2nye kesayanganku....mmuuuahhhhh...






Monday, July 2, 2012

Selamat Datang Menjengah Dunia Wahai Puteriku

Nur Aufa Khadijah binti Muhamad Muaz....

Inilah nama terbaik dan mulia maksudnya yang bakal menjadi identitimu sepanjang kau menjadi manusia di dunia ini sayang...
ibu mahu kau menjadi sesetia dan semulia siti khadijah isteri pertama Rasulullah...Ibu mahu kau setia dengan ibu dan abah menjadi anak yang taat dan patuh kepada kami, Allah dan rasul.

Namun untuk melahirkan puteriku ini bukan semudah yang disangka, tidak sesenang yang dianggap... owhhh... hatiku sebak tiba2 saat teringatkan kembali saat itu, saat melahirkannya... penuh dengan air mata dan kepasrahan...masa tulah sepenuh2 kepasrahan dan berserah kepada kuasa dan kehendak Allah yang menentukan... Aku tidak pernah sekali terfikir dan terjangka saat itu begitu getir dan perit, oleh kerana itu hati aku ketika itu sangat rapuh... 

11 Jun 2012 Selasa

Masa tu pukul 3 pagi, aku turun tanda darah bercampur lendir. Ma suruh aku pergi cek di Hospital Selayang. Tapi bila doktor cek, doktr sahkan jalan aku baru buka 0.5cm saja dan dia kata tunggu  betul2 sakit dan ade keluar air dulu baru datang semula ke hospital. Ok, kami balik rumah semula.

13 jun 2012 01:00am

Malam tu vagina ku mengeluarkan air saat aku duk berbaring atas katil dalam kul 1 pagi, sikit saja. Aku bagitahu ma pasal air dah kuar tu, dia cakap cepatlah gi hospital mungkin tu air ketuban dah keluar kot. So aku cecepat kejut suami dan dia ajak gi sepital malam tu jugak... Sambil nak pergi tu aku berseloroh kat mak aku yang tinggal di rumah, jangan gelakkan akak tau kalau doktor suruh akak balik semula... diorang gelakkan aku... malu ko tau, pergi2 tapi kena suruh balik semula... sampai hospital, si gynea tu byk pulak tanya aku air awak tu byk mane, kaler ape, pakai pad tak. Isyy.... byk plak tanya, mana aku tahu... air tu menitik di baju.. Last2 dia cek jalan aku, hanya buka 1 cm je dan dia suspect air tu mungkin keputihan aku. So dia suh aku amik ubat keputihan di bahagian farmasi...cett...aku tak gune pun ubat tu, aku bukannya ada keputihan pun.. So, tersengih2 aku balik semula ke rumah...hahaha..

12 Jun 06:00am

Sepanjang malam aku memang tak dapt tidor. Hatiku bercelaru dan tak keruan.. tertanya2 bila baby nak keluar ni, due dah lepas 3 hari dah ( spatutnye 9 hb ) .. ade sedih, ade takut, ade rasa tak sabar2. Tapi sepanjang malam tu aku merasa sakit pinggang sekejap datang memulas pastu berhenti, pastu sakit balik... Macam2 perasaan ade masa tu... Pagi tu bila saat azan subuh berkumandang, tiba2 aku yang memang start kul 3 pagi dah mula merasakan contraction ( rasa sakit bukaan rahim ) memang selang 3 minit sekali rasa sakit tu mula pecah ketuban.Terkejut aku ketuban tu pecah, habis terkena bantal sebab aku tido lapik punggung dgn bantalkan. Terus turun katil dan air ketuban tu mencurah lagi atas lantai. Aku kejutkan suami dan dia bingkas bangun. Aku suruh dia pergi sembahyang subuh dulu sementara aku bersiap2 untuk ke hospital.Jalan di KL memang dah confirm jem, wcmnepun kami tukar plan untuk bersalin di HKL, sepatutnya nak bersalin di Hospital Selayang. Tapi takut kena suruh balik lagi.huhu...


13 Jun 2012 Rabu

Setibanya di Hospital tepat jam 8 pagi aku ke bilik pendaftaran. Alahaiii... banyaknye procedure dia. Ade ramai pelatih2 kat bilik tu.... pelik sekejap aku tgk ramai, bila tahu diorang tu pelatih baru aku faham. Doktor cek jalan masih lagi 1cm. Kemudian ade sorang nurse senior ni dtg korek kasi kuar air ketuban, dia kata sebab air ketuban banyak jadi jalan lambat bukak. Bila dah setel urusan di bawah tu, diorang tolak aku ngn wheelchair naik kat ward di tingkat 2. Macam org sakitlah pulak aku ni..huhu...




Suamiku begitu setia di sisi saat aku memerlukannya... walaupun dia tidak boleh berada bersama setiap masa, namun kehadirannya dan kesetiaannya menunggu dan menjagaku di saat2 genting begitu sangat membuatku terharu…

Waktu melawat hanyalah pada pkul 12:30 tghr – 2:00 ptg dan 4:30 -7:00 ptg… tengahari tu sedang aku baring sambil menanti suamiku datang aku terlena dan sedar2 suamiku sudah berada disebelah katilku. Merenung ke wajahku, saat ku bukakan mata terus tangisnya berhembur bak tangisan yang sudah lama ditahan-tahan…Aku tahu air mata itu ikhlas, namun aku tidak menangis bersamanya, cuma menenangkannya. Aku akan rasa makin sakit kalau turut menangis… Kami makan tengahari bersama. Habis waktu melawat suamiku tak balik rumah, tapi dia lepak di Masjid dalam hospital untuk tunggu masa melawat petangnye. Memang berat hati untuk melepaskannya pergi kerana aku harap dia akan ada bersama aku sepanjang masa. Contraction masih berlaku dan jaraknya 10 minit sekali, dan ianya sangat menyakitkan…

Malamnya, aku masih bersendirian… menahan kesakitan yang teramat sangat, adakala air mata memang sudah tidak dapat dibendung lagi dari menitis… Kasihan dengan diri sendiri… dan dari situ satu persatu dosa2 yang kulakukan terlintas di benak…satu…demi satu… Mungkin inilah balasan dosa2 yang pernah kulakukan dulu…Ya Allah kalau benar ini adalah jalan penghapus dosa aku redha ya Allah…

Sedang aku melayan perasaanku, nurse datang melawat. Dia minta suami bawakan inhaler yang aku guna untuk penyakit lelahku malam ini juga, lalu aku call suami untuk bawakannya. Dia datang lepas solat Isyak bawak inhaler tu. Lalu duduk di sisi aku, dan kami berborak sekejap. Suami bagitahu, yang abah ada buat solat hajat di surau untuk mendoakan kemudahan dan keselamatan aku untuk melahirkan. Ya Allahhhhh…… Mulianya hati ibu bapaku… Masih ada yang sayangkan aku, dan masih mahu melihat aku hidup..( itu perasaan aku yang selalu merasakan orang tak sayang kat aku ). Menitis air mataku saat itu malah tersedu2 di tapak tangan suamiku… Saat malam itu terlalu syahdu….

14 Jun 2012 ( Khamis ) 03:00am

Sepanjang malam hingga ke pagi itu contraction terus berlaku, baby mengeras dan pinggangku meregang… Sakitnya, hanya Allah yang tahu. Aku tak boleh baring sebab kalau baring lagi sakit kesakitan tu… Pukul 5 pagi, nurse nampak aku duk berguling2 di atas katil menahan sakit, dia tanya kenapa? Aku cakap sakit. So dia suruh aku pergi ke bilik rawatan untuk periksa jalan samada sudah terbuka berapa cm. Bila diperiksa, jalan masih 2cm seperti hari pertama aku sampai di hospital tu… Ya Allah… aku pulang ke katil dan sembamkan muka ke bantal dan menangis semahu-mahunya… Ya Allah, dosa aku dengan sapa lagi yang belum lepas ni? Berilah petunjuk-Mu ya Allah, kenapa susah sangat jalanku nak terbuka ni sedangkan sakit ni dah tak tertanggung lagi rasanya…

Paginya dalam pukul 9 pagi, sedang aku bersalin pakaian dan mandi nurse panggil aku ke bilik rawatan. Aku tengok ramai bakal2 ibu sedang menunggu giliran untuk diperiksa doktor. Bila sampai giliran aku doktor cek jalan aku dan dia kata dah 3cm, so aku boleh masuk labour room. Alhamdulillah…. Itu yang aku tunggu… walaupun hanya 3cm tapi doktor dah benarkan masuk labour room sebab kat sana nanti doktor akan induce ( masukkan ubat untuk kuatkan bukaan jalan ) jadi aku bolehlah beranak harini… Balik ke bilik aku menangis lagi, menangis kesyukuran… Ya Allah...ada hikmahnya semua ni…