Pages

Tuesday, February 4, 2014

27 Jan 2014 hari terakhir melihat abah...

Tak ku sangka, pembukaan tahun baru ini disambut dengan tangisan dan kesedihan yang tak terkira....
 
Abah... Insan yang paling mulia dan paling penting dalam keluarga telah pergi mengadap Penciptanya dan meninggalkan segala yang ada di dunia ini... Rasanya terlalu cepat abah meninggalkan kami, dan tak pernah terlintas bahawa dia akan pergi jua, kerana kita adik beradik memang jangka abah akan pulih sepenuhnya dan punya banyak masa lagi utk menunaikan impian2nya yang belum tercapai...
 
Julai 2013... 7 hr bermula bulan ramadhan.
Abah demam... dia rasa ada macam ketulan di leher kanannya. Masa tu ingat mungkin bengkak biasa...
 
Raya puasa macam biasa...
 
lepas balik kl semula, aku ada buat makan2 kat rumah sewa bangi... Abah datang meraikan... rasa seronok sgt...
 
Tarikh: 4 Sept 2014
 
 
masa ni abah sihat lagi.... jamu nasi arab feveret abah... tapi abah ckp boringlah asyik nasi arab jeww.... hehehe...
 
Aku tak ingat masa mana bengkak dileher abah tu makin besar... Yang aku ingat abah dah start pergi Pusrawi sbb dah tak tahan sakit kat leher dia tu... Doktor kt situ bgtahu bengkak tu kanser. Tapi masa tu abah tak percaya sgt sbb doktor hanya pegang je kt bengkak tu, n takde buat scan ke apa.... Dia kata kalau nk buat further scan n xray kos dekat Rm80k. Mak aiiihhhh..... kalau kita ni jutawan boleh ar nak byr, last2 abah gi klinik idzham.... dia just bg ubat tahan sakit dan sebgainya... tapi semua tu tak membantu pun meredakan sakit abah... aku ade juga beli VCO catalyst sbb ingatkan bengkak abah tu tyriod... Tapi yelah kan, dah bila sakit macam tu ramailah yang menyumbang ubat2an smpai abah pun dah tak lalu nk telan semua tu....
 
Oktober 2013
 
Lastly abah gi HKL sbb dah tk snggup tahan sakit.. Sampai sana doktor buat scan n MRI. ponnn tak dpt detect sakitnye... dalam 2 bulan jugak abah kena tahan ward. Masa tu mmg berpusu2 orang dtg melawat abah... sampai abah ade jugak merungut tak tahan nak melayan n menjawab soalan2 orang yang dtg melawat tu.... Dia memang sakit, kadang suara pun tak keluar nk menjawab.... sejak abah masuk ward tu aku mmg kerap lah berulang alik dr bangi ke HKL... kadang2 tu saje je amik EL, Mc sebb nak curi masa utk tgk abah kt hkl... kalau balik rumah tu rasa sayu je hati ni sbb biasanya kalau balik mesti ada ma n abah.. tapi sejak abah masuk hkl, balik rumah rasa sunyi sgt, ma mmg seminit pun tak tggalkan abah...
 
sambung next artikel...
 

No comments:

Post a Comment