Pages

Sunday, October 14, 2012

Kursus Budaya Kerja Cemerlang Cherengin Hills Janda Baik Pahang

Assalamualaikum wbt..
Harini  taknak cakap banyak, just nak masukkan gambar baby yang ikut ibu ke Kursus bersama Bank Rakyat cawangan Pudu dan Selayang semalam selama 3 hari 2 malam di Cherengin Hills, Janda Baik Pahang.

Suke sangat baby ada bersama ibu... Seronok rupenya ada anak ni...kannn....

 
  Baby dalam kete mula2 sampai kat resort... 
Terkejut tgk ibu ke sayang?

 Bila dah kenal ibunye, terus senyum meleret camni...

 Okeh, bawak masuk bilik, sempat gak posing 2 3 kali..hihi

 Topi tu ibu beli kat Giant Nilai, ramai kata comel....
RM15 satu, murah ar tu kan kalau nak dibandingkan dengan hasil seni tangan pembuatnya memang tak ternilai arr...

  Baby lepak2 tepi kolam nengok abah yang tengah kemaruk mandi kolam..


Actually kursus kali ni aku rasa penat sangattttttt.... 2 3 malam sebelum kursus aku memang tak dapat tido ckup sebab khadijah selalu jaga malam nak susu lah nak ape lah. Dia tido kejap2 je, bangun nak susu lah nak nangis lah... huhu...

Monday, September 24, 2012

Khadijah Ikut Ibu Ke Tempat Kerja

Okeh.... Suke sangat dapat bawak anak ke tempat kerja (sebenarnya aku tak sampai hati nak tido malam tanpa dia kat tempat kursus ni...hukhuk...) 

First kursus lepas bercuti lame... ( cuti sebab tengah sarat, beranak, berpantang dan beraya ) memang lame... maybe ade dekat 4 bulan aku tak urus kursus2 syarikat. Neves jugak, seminggu sebelum kursus macam2 fikir ni, mane nak tinggal baby, camne nk kursus kau baby nangis, semua kena fikir... Tapi aku tak risau sebab bila Allah bagi dugaan camni, Allah sengaja mahu uji macamna hamba-Nya menyelesaikannya, dan akhirnya inilah penyelesaiannya... bawak baby ikut sekali gi kursus...yeaayyyy!!!!!!!

Amboiii...kiri kanan, kiri kanan pusing kepala, seronok duk dalam aircond ye syg... Masa ni khadijah baru sampai hotel petang tu, aku pergi dulu dgn kete syarikat. Suami amik kat tempat pengasuh terus bawak sini... heppi tgk baby....


 Ibu tak sempat nak snap banyak2 pic baby sbb urusan keje lebih penting daripada semua tu. Walaupun baby ikut ibu kt tempat keje, ibu tak boleh senang2 skip keje ibu atas masalah peribadi. Baby kena redha duk kat bilik dengan abah ye syg... Ibu taknak guna hasil yang tak berkat untuk bagi makan baby... So, ibu tawakal je kat Allah semoga baby ok2 je duk ngan abah kat bilik...

Ni pagi hari terakhir kita kat sana kan.. Lupe nak bagi tahu kami di hotel Concorde Inn KLIA untuk kursus bersama kakitangan Bank Rakyat cawangan Shah Alam dan PJ. 

 Khadijah buat mke ngantok plak dia...hiks!!... 
comel sangat anak ibu ni (perasan)...

 Time ni ibu ngn abah tgh bfast kat cafe, baby lepas minum susu bagi puting sampai tertido dalam stroller tu..

Khadijah dah pandai tengok kamera lah...sukeee...
Masa ni kursus dah tamat dan ibu suke sangat bile balik bilik, tengok baby dah setel mandi sume, bilik dah kemas, pakaian dah packing2 masuk beg.... eeeeiiiii... tak terkata seronoknye dapat suami yang memahami dan ringan tulang ni... Thanks pa... love u taw...

Kite dah ready nak balik... Thanks to Allah so much for giving me this 'single cute small lady'...hehehe...

Thursday, September 13, 2012

Koleksi Khadijah bersama rakan2 sebaya Lahir 2012




1) Okeh, baby ni ibunya Nor Ain, rakan sepejabatku orang Johor. Menariknya beza kami kahwin selang sebulan dan beranak pun selang sebulan. Dia kahwin awal sebulan dari aku dan anak dia pun awal sebulan... Khadijah lahir 14 Jun 2012, Imrah Hadif lahir 14 Mei 2012..Macam dirancang2 kan... Gambar ni masa Hadif datang melawat khadijah dan ibu yang belum habis lagi pantang bawak sekali hadiah...time kasih hadif..


2) Baby ni pulak namanya Muhammad Hafizuddin bin Azizi. Dia ni anak ketiga ibu saudaraku yang bongsu, Moksu. Lahir betul2 diambang Ramadhan, lahir awal dua minggu dari due date nye dan sangat mudah sangat proses melahirkannya. Tarikh lahir 21 Julai 2012, muda sebulan 8 hari... 




3) Baby boy yang comel ni pulak namanya Haris anak kedua kepada member baik aku, liza orang terengganu. Masa ni baby Haris baru 25 hari datang beraya kat kampung aku Kelantan. Smart betul baju raya kemeja, tapi tangan bersarung lagi...hihi...Lahir kat sepital kajang, normal delivery. Tengok tu, bersepah dengan baby2 yang ade kat umah tu...hihi..comel kan...



4) haaaa.... Baby ni pulak namanya Sofea Ayuni, lahir 30 Mei, awal 2 minggu dari Khadijah. Kiranya ni anak saudara aku lah kan... Ayahnya Sofea ni adik kepada suami aku. Kami kahwin pada tarikh yang sama cume majlis kt sebelah perempuan je beza, menyambut menantu hari yang sama, 30 Jun 2011. Baby ni senang sangat lahir, bukaan rahim 4cm pun dah boleh delivery scara normal... Baby Sofea ni memang beza sangatlah feminin dia tu, lemah lembut orangnye tak macam Khadijah yang 2 bulan dah tegap badannya.... Kuat betul anak ibu ni..hihi....
 

5) Baby ni pulak Baby Afash anak kepada member baik aku juga, NurulHuda orang Pahang. Datang melawat kami masa aku dalam pantang dulu, Khadijah pun masih berbedung lagi masa ni...Afash ni anak kedua dia.Kebanyakan member2 rapat aku ramai yang dah ade sorang anak, kiranya time aku beranak ni diorang dah beranak yg kedua lah.. Almaklumlah kawen lambat skit kan, tak puas enjoy lagi katakan....
 

Friday, September 7, 2012

Baby saya telah disunat

 masa ni khadijah sungguh tengok budak 2 orang duk berlari2 dalam klinik tu..

Selesa je duk di pangkuan abah ye...

 Kaki tu kuat batul, awak tu baru 3 bulan lah syg, 
nanti bengkok tulang kaki tu..( ade ke camtu?)

Okeh...
Dah lama aku berkira2 nak sunatkan Khadijah.
Sejak dalam pantang lagi dah terfikir2 kat mane nak sunatkan dia.
Balik raya kampung, sepupunya yang tua 2 minggu pun dah sunat. Adoiii...
Risau jugakkan kalau dah besar baru nak sunat nanti susah sikit ataupun takut terlupe nak sunatkan je.
Last2 semalam aku try search kat tenet, cari senarai klinik kat Bangi ni. 
First telefon Klinik Syifa', dia kata boleh sunat tapi ada time dia. Isnin - khamis 9 pagi - 10 pagi kecuali rabu 8-10 pagi, weekend takde. (aku suka klinik syifa' kat Bangi ni sebab doktor2 dia sangatlah peramah terutama Dr Hasni )
Second call Klinik Ummi Salihah, seksyen 4 tambahan, Bandar Baru Bangi. Dia kata start petang sampai malam.. Okehhh....berehh.. 
SMS suami bagitau malam ni kita pegi sunat baby ye... suami kata ok...

Lepas maghrib kami bersiap2 untuk pegi klinik, Khadijah macam nampak happy je petang tu.( taktau ke ibu nak bawak gi sunat ni? hehe)
Sesampai kat klinik, ade 2 orang tengah tunggu giliran. Tunggu punye tunggu lame betul org kat dalam tu. 

 
 berbual2 dengan khadijah utk kurangkan sikit 
cemas aku....(ibunye pulak yg cemas)

Akhirnya tibalah giliran kami. Doktor tu dengan muka biasa tanya ade ape? Aku jawab nak sunat. Owh ok, bagi dia baring. Aku pun baringkanlah Khadijah kat atas katil yang dilapik tisu tu dan terus buka seluar dan pampers dia. Dia sangatlah comel malam tu, senyum dan gelak aje... Taktahu yang dia akan mengalami kesakitan malam tu, sabarlah wahai anakku...

Lepas siap doktor ambik sgala kelengkapan dia, dia suh aku pegang lutut baby kiranya dalam keadaan terkangkang lah kan....Tibe2 aku ternampak gunting dalam bekas alat dok tu. aduuhhhh...ngerinya.... Aku rasa macam nak tukar kasi suami aku yang pegang lutut baby time tu, dan terlepas tangan aku sekejap. Dok tu trkejut dan suh aku pegang balik lutut baby. Aku pun pegang balik tapi muka aku pusing ke sisi dapat tgk baby time tu sengih2 pandang aku. tiba2, tappppp!!!!


Aku tgk baby terkejut dan terus nangis sekuat2nya.. uwwwwaaa....

Dah siap tu doktor pun terus bawak perkakas dia tu ke sink untuk basuh apa yang patut. Masa tu baby tak henti lagi nangis, sambil aku pakaikan pampers dan seluar dia... Yang aku geram mase ni, doktor tu pandang kat kami, dan dia tanya, Kenapa? aku pelik dgn soalan dia, takkan tak tahu baby kan lepas sunat, mestilah sakit. dia sambung lagi cakap "baby lain nangis sekejap je" dengan nada yang sinis... Aku yang tak sempat dah nak pakaikan seluar jawab "dia nak nenen" dan terus angkut baby keluar klinik masuk kereta untuk susukan dia... Baby isap nenen dengan tenangnye... Dalam hati aku membebel lagi, napelah doktor tu cakap camtu, suka ati anak aku lah nak nagis lame ke sekejap ke...dah dia baby, mane dia tahu pape, lagipun menda tu sakit kot....ishhh,...geram aku..


Owh ye, bayaran untuk sunat ni murah je iaitu RM15..  kat tempat lain tak tahulah berapa, ade jugak sesetengah klinik tu charge RM20, still murah lagi kan...(wp terkilan dengan sikap doktor yg kurang mesra tadi, aku abaikan jelah..)
 


Friday, August 31, 2012

Newborn Potraiture

 Actually gambar ni dah lame aku snap, masa umur Khadijah sebulan 10 hari. Masa tu aku belum abis pantang lagi. Aku angkut baby naik kat tingkat atas dalam bilik pengantin baru adik aku ( aku berpantang kat bilik bawah ) ... memang comey je lighting bilik tu yang ngadap matahari dan langsir color cream light... Setting baik punya cari selimut kaler putih tp takde, jumpa kaler biru muda....jadilah.... cari pulak selendang ke ape2 kain yang menarik utk jadi props, sekali jumpe selendang adik aku kaler biru ni.... ( pakai je ape yang ade)

Sebenarnya sebelum bersalin lagi aku memang dah niat nk shoot newborn baby aku ni dan ingat nak survey2 dan beli props yang menarik dan comel macam topi, cloth diaper, rompers.... tapi almaklumlah kalu dah namanya tengah sarat takde maknanya nak berjalan bagai, baik rehat n tido je kat rumah...huhu...



Beberapa tip aku bagi untuk snap newborn dan untuk mendapatkan hasil yang maksimum yang superb ialah:

1) Baby lebih mudah dibentuk dan diposingkan dalam umur antara baru lahir hingga 7 hari sebab posture badannya yang lembut dan baby umur ni banyak tidor je...
2) Pastikan baby sudah buang air besar atau kecil. Anda juga hendaklah sentiasa bersedia jika semasa sesi photoshoot  baby terbuang air dan sebagainya.
3) Carilah masa yang sesuai utk dapatkan lighting yang natural seperti di waktu pagi atau petang kerana simbahan cahaya pada waktu itu sangat menarik.
4) Lagi cantik gunakan lens 50mm 1.8 untuk gambar yang lebih fokus dan berbokeh2...
5) Kalau baby menangis atau dia rasa tak selamat, biar ibunye tenangkan dia dulu. Jangan paksa baby kalau dia  tak selesa, biarkan dia tenang seketika barulah mulakan kembali sesi tersebut.

Rasenye cukuplah skit sebanyak panduan yg dapat saya beri hasil dari pembacaan dan pembelajaran. Kalau ibu-ibu dapat shoot sendiri lagi best... Sebab moment semasa bayi ni cepat sangat berlalu, jadi pastikan selalu dapat rakam perkembangannya yang boleh dijadikan kenangan di masa depan... bubaiii....

Wednesday, August 29, 2012

Akhirnye tido dalam buaian jugak....

Aduuuhhhlaaaa....
Hmm... setiap kali malam je aku akan menghadapi trauma tahap separa kritikal tau...
Mane taknye... si kecik ni asyik nangis je macam tak puas tido..
nangis sambil mata tutup dan kadang2 menguap sakan kalau dia tak nangiss...
Adduuhh.... itu jelah aku mampu mengeluh, bukan geram bukan marah, tapi kesiannnnnn sangat kat my baby...
Aku tahu sebenarnya apa yang dia nak... setelah semua keperluan dia dah kami penuhi tapi dia tetap menangis seperti mahukan sesuatu.... Dah confirm sangat222 ini saje keperluan dia yang belum kami penuhiii.....



buaiannnnnn.....


Hmmmm.... kenapa ek orang tak bagi ajar anak tido buaian? sampai minda aku dah set awal2 taknak ajar anak tido dalam buai... Sebenarnya macam ni jawapannya:

1) Kalau ajar anak tido berbuai nanti susah nak pergi berjalan mane2 dia nak tido kena cari buaian jugak...kalau tak dia melalak dan tido setelah penat melalak....
2) Dari segi buaian tusendiri  yang boleh membuat otak bayi bergegar kalau diayun dengan kuat.
3) Risiko yang tinggi bila buaian runtuh yang menghempap bayi (info dari sini)

So, daripada start mengandung memang aku dah set dalam kepala ni takkan bagi anak aku berbuai dan hisap puting. Alasannyaa? yang no satu tu lebih kuat...

Tapi entahlah, hati aku ni tak betul2 kental lagi.... Bayangkan eh, malam2 nak tido jarang sangat lah baby nak tido camtu jerrkk... mesti nak dokong dulu, ulik sikit2 gerak habis tubuh badan menghayun baby dalam dakapan sampai lenguh habis urat belakang baru mau tido...hukhukkkk.... menderita jap ibu dan abah ko baby... Kalau tak dibuat camtu, maunye dekat kul 1 sampai dia btul2 ngantok baru mau tdo, mak bapaknye keje pagi2...huhu...

Last week kan aku balik beraye di kampung... Alkesahnye kami tido jugaklah semalaman di rumah adik suami aku ( adik iporlah tu )... rumah dia memang ade 2 biji buaian, anak2 pun dah besar tak tido buai... Dia nengok aku beriye2 menidokan si kecik ni, yang si kecik ni pun time kat umah orglah dia nak tunjuk pe'el dia... hukhukkk.... sekali si adik ipor aku tu offer guna buaian dia untuk tidokan sikecik ni... aduuhhh... jangan nuriah..jangan...hihi... masih tegar kau aku menahan diri dari menidokan si khadijah ni dalam buaian...sekali memang disuakan depan mata buaian tu.. aduhhhh.... dugaan betul. Laki aku plak sengeh2 nengok aku yang masih berpegang teguh pada pendirian aku tuh... Last2 memang si kecik ni  takmo tido jugak tapi duk merengek ngantok.... Aku pun dengan pasrahnye dan lafaz bismillah masukkan jugak si kecik ni dalam buaian tuh... dannnnn..... akhirnye selamat berehat ibu dan abahnye si khadijah ni setelah beliau tido dengan amat lena di dalamnye...hukhukkk...( sapu air mata )

Hmmm... aku suka dengan satu blog ni yang sangat aku suka dengan pendiriannya aku bukan bidadari.... Dia selalu cakap anak kita tak semestinya sama dengan anak orang lain, kalau anak kita ok dengan sesuatu tu tak semestinya anak orang  lain pun ok... Memang betul, dari pemerhatian aku, kita sebagai ibu bapa tak boleh nak blame ibu bapak lain yang  ajar anak isap puting contohnye. Budak2 ni memang ade kehendak dia yang tak terlawannya kita ( tapi janganlah sampai melampau2 plak kan.) Macam anak aku jugak, puas jugak dulu aku bagi nenen ni, dia isap sampai melecet putingnya, kempis abih nenen ni baru dia nak tido.... Kalau aku bangun je, dia pun bangun jugak tersedar. Mulut tu plak asyik bergerak je nak mengisap... Sekali mak aku suh bagi isap puting. Abahnye terus pergi beli kat Manjaku malam tu jugak... Bismillah jugak aku nk bagi dia isap puting... iyolah, org kate isap puting buleh jongang.... Contoh dah ade depan mata, sepupu aku gigi dia ke depan sikit....  bila dah bagi puting khadijah nyonyot kejap dan tido dengan lenanya lagi....


Tengok lidah dia tu, nak mengisap lah tu... mata dah lali tapi takmo tido..


haaa...kan... sumbat je puting tu terus lalok...


Bila dah lena pandai pulak dia juihkan puting tu keluar....

Bila aku perhatikan anak aku ni, nampak beno dia ni memang nak menikmati bersungguh2 zaman bayinye... semua kehendak dan fitrah bayi tu semua dia nak....huhu... aku respek dengan mak bapak yang dengan tegarnye tak ajar anak tido buaian dan isap puting... Alhamdulillah anak anda sangat baik mendengar dan patuh dengan ajaran anda tapi tidak anak saye....hukhukkk...

Walaupun nanti susah nak berjalan kalau anak susah tido sebab nak berbuai, takpelah.. itu tandanya ibu dan abahnya kena kurangkan berjalan dan kalau menziarah pun sekejap2 jelah buat syarat... Yang penting sekarang anak aku cukup tido dan cukup rehat untuk perkembangannya yang baik...