Pages

Monday, December 26, 2011

Cerita hati mama...

Tatkala ini ibu mendengar di earphone lagu2 kenangan ibu suatu ketika dulu... Dalam vcd ni memuatkan mp3 instrumental korean song, yang dulunya saban hari ibu dengar untuk menenangkan hati dan melayan sentimental jiwa kacau ibu yang dulu bercelaru dan sering dilanda resah berpanjangan angkara cinta yang tak kesudahan dan kesampaian.... Memang ibu sukar untuk melupakan dia cinta pertama ibu, tapi setelah bertemu dengan abahmu, hati ibu semakin terubat dan ibu banyak mencipta kenangan indah bersamanya... Papamu terlalu baik buat ibu, dan takkan ibu jumpa lagi lelaki sebaiknya... Tapi abahmu kuat sangat cemburunye... Selalu je cek FB ibu, dia kata ibu duk msg2 dengan kasih lama...haha... takdenye ibu nak msg2, cukuplah hanya abahmu seorang dalam hidup ibu ni... sayang abah kamu...

 Gambar abah beberapa hari sebelum kami diijabkabulkan..
Love...Love...Love


Minggu ke 16 mama...

Hai anakku sayang....mucuk2...
Kebelakangan ni ibu rasa letih sikit, cepat sangat mengahnye... Naik tangga 2 3 langkah pun dah mengah. Ibu pun dah kurang minum susu enfamama A+ tu sebab ibu rasa pening dan loya setiap kali ibu minum susu tu... Tekak rasa tak selesa, last2 ibu cuba ambil makanan berkalsium lain untuk tampung keperluan kalsium yang diperlukan olehmu anakku... Ibu amik yogurt, susu low fat, dan kadang2 ibu amik hi goat... Makan makanan macam ni ibu tak pening kepala, lagi sedap adelah...hehe....
Ibu juga tak lupa ambil makanan berkhasiat untukmu, macam sayur-sayuran dan protein kerana ibu mahu kamu mendapat khasiat secukupnya, nanti takdelah kamu akan rasa sakit dan selalu demam je.... Ibu taknak kamu sakit2 bile membesar nanti... Ibu mahu kamu membesar dengan senang dan gembira....

Abah? hmmm... dia dah semakin berisi sekarang ni. Ape taknya, dia selalu je makan dengan banyak. Ibu pun tak tahu kenapa dia betul2 berselera saat makan...hmmm.... ramai yang tegur dia dah makin berisi, lagi2 tang perut tu, dah sama naik ngan perut ibu ni, silap2 dia punye perut lagi besar dari ibu...hahaha...

haaaa...lupa ibu nak bagitahu kat baby sesuatu... baby nak tahu tak, minggu lepas kan mama pergi bercuti di Bandung. Baby tahu ape yg ibu beli untuk baby? ce teka!!! hehehe... Ibu belikan baju new born, tilam dan beg untuk baby tau.... Happy tak?!!! Saat ibu pegang baju baby tu mama dah rasa macam baby ada di sisi ibu.. ibu tak pernah rasa perasaan macam tu, asing sekali... Tak terucap rasa hati bila ibu cium baju yang akan baby pakai bila baby keluar nanti. Ibu tak tahu macamne nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat Allah yang sudi menghadirkan baby di dalam rahim ibu ni.... Ibu juga tak sangka secepat ini baby ada dalam rahim ibu sebab semuanya tak pernah terlintas di fikiran ibu... Ibu gembira sangat ada baby dalam rahim ibu ni, hasil cinta ibu dan abahmu... 

Oklah, ibu nak sambung tgk tv jap, cerita Tentang Dhia tgh femes sekang ni...hihi.... jap lagi bru solat maghrib.. Terukkan ibu? hihi... janji lepas ni tk buat dah....bye belog..

Friday, November 25, 2011

Mama at 3 months ~ Perubahan Hormon .




My baby is about 3months~
Apa yang saya rasai sekarang? hmmmm.... saya rasa sangat bahagia  saat si kecil ini berada aman di dalam rahim ini.. tenanglah wahai anakku berada di dalam, membesarlah dengan sebaiknya... usah kau gelisah dengan keadaan ibumu ini yang melalui kehidupan mencabar di luar ni... tidur dan dodoikan dirimu dengan kasih sayang yang ibu salurkan dalam nafas dan jantung ibu ini... ketahuilah sayang, hati ibu ini tidak dapat digambarkan betapa sayangnya ibu terhadapmu.... ' hmmm... tak sabar menantimu keluar melihat dunia ini'....
Kebelakangan ini dapat aku rasakan bahawa telah berlaku perubahan hormon dalam diri ini, aku sudah merasai bahawa deria bau ku ini tersangatlah peka, peka kepada bau badan dan bau orang memasak. Kalo yang aku masak pun tk boleh.... lepas masak, sure2 aku akan sembur satu rumah dengan fabreze utk hilangkan bau memasak tu... Ada lagi, perubahan di payudaraku yang sakit sejak di awal kehamilan lagi. Mungkin susu sedang diproses untuk diminum oeh anak kesayanganku nanti... Takpelah sayang, segalanya ok untuk mu, ibu akan sanggup berkorban apa saja untukmu sayang....

Ape motifnye letak gmbar kat atas?hehe.. gambar tu saja je nak letak untuk sukat tahap kegemukan diri setakat mengandung ni mengikut bulan.... minggu lepas aku check-up berat dah naik dalam 3 kg. dan pertama kali doc buat ultra-sound kat baby dan secara live nya aku boleh tgk my baby yang berada di dalam perutku, dah ada jantung, kaki pun dah ada... menitis air mataku saat tu, terharu sgt2...ibu syg sangat baby...

Ok, apa yang aku makan sekarang ye? Sekarang ni aku ambil makanan yang berkhasiat, sayur dan buah, Obimin yang klinik bagi, susu Hi-Goat dan tengah menunggu Monavie dari member aku... Harap2 aku akan tahu lagi apa makanan berkhasiat yang perlu aku makan untuk si kecil ni..

Ok, jumpa next posting ye.... bubaiiii..




Wednesday, October 19, 2011

Alahan~

Alhamdulillah, setakat ni tiada alahan yang teruk aku alami... semuanya berjalan dengan lancar, mintak2lah sampai ke bersalin aku dalam keadaan yang baik2 je.. Untuk suami tercinta, tiada kata yang dapat kututurkan padamu atas segala pengorbanan dan sokongan yang kau berikan selama ini... Tiada lagi lelaki terbaik yang akan kutemui selain kamu.... Kau memberikan kasih sayang yang secukupnya buatku, terima kasih banyak2 syg.... 
Setiap pagi ku diurut dan dibelai untuk melegakan lenguh2 ditubuh ni tanpa jemu olehmu... Benar ku nyatakan, semakin hari semakin mekar cintaku buatmu syg.... Love u forever~

Monday, October 17, 2011

My Story at Kursus Budaya Kerja Cemerlang anjuran Bank Rakyat

Salam sumeeerrrr.....( cehh, macam gembire sgt je)

Hari ni merupakan hari terakhir aku berada di sini The Emperor Hotel Melaka, menjalankan kursus seperti tajuk di atas, bersama staff dan kakitangan Bank Rakyat cawangan Melaka. So far,  kursus ni tidaklah memenatkan sangat sebab aku belajar untuk kurangkan buat kerja yang berat, sebab kalau dulu aku selalu je angkat barang yang agak berat ( biasalah kalau berkursus, banyak menda nak kena sedia )... Lagipun fesi2 yang ada dah cukup untuk angkat barang2 yang banyak tu. 







Inilah bilik kami.. saye dan nabilah..Bilik kitorang memang agak selesa, lagipun tinggi dan nampak pemandangan, so seronok skit rasa....





ni lah para peserta Bank Kerjasama Rakyat cawangan Bandar Melaka yang best2.... Seronok jumpe korang semua....




 

 

Datuk Abu Hasan Din bercerita tentang Spiritual dan Kredibiliti.. Sangat mantap dan kemas isinya...

Mengusik peserta memang kerja aku...



Malam first kami kat sana, cikmat ajak berjalan kenal Melaka.... mulenya cam malas je tapi untuk senangkan hati dorang ni aku follow jelah...


Pasar malam ni memang selalu dibuka, tapi tkde ape yang menarik perhatian aku pun...so, jalan2 jelah...

Posing depan Kapal yang agak femes jugak kat Melaka ni

Alolo, Nabila.. Baru aku perasan posing dia..hahaha...

nilah budak berdua yang kalo bersiap kalahkan pempuan, bapok lamenye... Nabila paling angin ngan dorang ni...       ( aku pun )



Wednesday, October 12, 2011

Pemeriksaan dan Buat Kad Kehamilan

 Alhamdulillah... pagi tadi aku ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi untuk periksa kandungan ni. Sesampai sana aku agak blurr jugaklah sebab tak tahu nak pergi kaunter mane dan nak buat ape. Tapi urusan dipermudahkan kalau kita banyak bertanya. First aku isi segala borang, kemudian kira putaran last haid, timbang berat, cek darah ( hiv test ), urine test, cek kesihatan seluruh badan ( breast, tyroid, dsbg). Kemudian cek gigi, gigi aku kena bersihkan dan tampal 2 tempat.


Kad Pegigian
Asid Folic di ambil sehari sekali.


Thursday, October 6, 2011

Edited by Mama To Be...

Hati aku gembira..aLhamdulillah~

Sejak kebelakangan ni aku selalu mengalami pening di bahagian kepala, bila dipicit2 keluar angin tak henti... Pelik jugak aku, kadang tu siap nangis teresak2 lagi dalam kete sebab pening...Sian suami aku kena pujuk dan tolong picit2 kan kepala ni. 

Minggu lepas aku mula dan rasa sakit di breast, dalam fikiran ni simptom nak period lah ni. Memang lah aku rasa agak frust jugaklah, sbb hati ni mmg nak sangat pregnant sebab kami kahwin dah dekat 5 bulan kot.. Sampai tarikh aku jangka akan period, tapi tak period period jugak nok... Selalu aku masuk tandas nak cek, tapi tade darah pown... Breast aku ni memang sakit tak hengat, takleh nak pegang pun, sakit dia lain macam.. Sepatutnya jangka period aku dalam 2 - 3 hb bulan ni, tapi 6 hb semalam still tak period lagi. 

Dalam hati ni berdebar2 jugak. Masa lunch hour aku beli pregnancy test kat Guardian seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Malu jugak mula2 tu nak tanya adik kedai tu kat mana letaknye mendalah tu, tapi aku buat2 tak malu je..hihi...

RM 10.10 Ade banyak jenis sebenarnya, tapi aku pilih yang ni sebab keputusannya  99% tepat

Balik opis cepat2 aku masuk tandas, amik cawan polisterin isi air *tuut* aku dan titiskan kat meter dia tu... Penuh khusyuk aku tengok air tu berkaler pink bergerak dalam garisan dia, tibe2 timbul 1 line pink yg sangat terang.. Alahhhh... tak ngandung rupenye aku ni..nada kecewa. Aku pun basuh2 dan nak keluar lah dari tandas. Sekali aku amik balik alat tadi utk kluar aku terpandang timbul satu garisan lagi kaler pink yang samar2 jugak... hah? terketar2 jugak masa tu...huhuhu...

Masuk bilik rehat aku panggil ain, suh dia tgk..Kakyah, betul lah tu dah ngandung....haha..Ya Allah, perasaan masa tu teramatlah terharu, tak sabar2 nak bagitau kt suami ni....Alhamdulillah, terima kasih ya Allah....