Pages

Thursday, September 13, 2012

Koleksi Khadijah bersama rakan2 sebaya Lahir 2012




1) Okeh, baby ni ibunya Nor Ain, rakan sepejabatku orang Johor. Menariknya beza kami kahwin selang sebulan dan beranak pun selang sebulan. Dia kahwin awal sebulan dari aku dan anak dia pun awal sebulan... Khadijah lahir 14 Jun 2012, Imrah Hadif lahir 14 Mei 2012..Macam dirancang2 kan... Gambar ni masa Hadif datang melawat khadijah dan ibu yang belum habis lagi pantang bawak sekali hadiah...time kasih hadif..


2) Baby ni pulak namanya Muhammad Hafizuddin bin Azizi. Dia ni anak ketiga ibu saudaraku yang bongsu, Moksu. Lahir betul2 diambang Ramadhan, lahir awal dua minggu dari due date nye dan sangat mudah sangat proses melahirkannya. Tarikh lahir 21 Julai 2012, muda sebulan 8 hari... 




3) Baby boy yang comel ni pulak namanya Haris anak kedua kepada member baik aku, liza orang terengganu. Masa ni baby Haris baru 25 hari datang beraya kat kampung aku Kelantan. Smart betul baju raya kemeja, tapi tangan bersarung lagi...hihi...Lahir kat sepital kajang, normal delivery. Tengok tu, bersepah dengan baby2 yang ade kat umah tu...hihi..comel kan...



4) haaaa.... Baby ni pulak namanya Sofea Ayuni, lahir 30 Mei, awal 2 minggu dari Khadijah. Kiranya ni anak saudara aku lah kan... Ayahnya Sofea ni adik kepada suami aku. Kami kahwin pada tarikh yang sama cume majlis kt sebelah perempuan je beza, menyambut menantu hari yang sama, 30 Jun 2011. Baby ni senang sangat lahir, bukaan rahim 4cm pun dah boleh delivery scara normal... Baby Sofea ni memang beza sangatlah feminin dia tu, lemah lembut orangnye tak macam Khadijah yang 2 bulan dah tegap badannya.... Kuat betul anak ibu ni..hihi....
 

5) Baby ni pulak Baby Afash anak kepada member baik aku juga, NurulHuda orang Pahang. Datang melawat kami masa aku dalam pantang dulu, Khadijah pun masih berbedung lagi masa ni...Afash ni anak kedua dia.Kebanyakan member2 rapat aku ramai yang dah ade sorang anak, kiranya time aku beranak ni diorang dah beranak yg kedua lah.. Almaklumlah kawen lambat skit kan, tak puas enjoy lagi katakan....
 

1 comment:

  1. anak aty pon lahir tahun ni..:)

    comel semua baby2 tu...lagi2 biler tengok baby baru lahir...rindu moment2 anak mase baru lahir tu...;p

    ReplyDelete