Pages

Friday, September 7, 2012

Baby saya telah disunat

 masa ni khadijah sungguh tengok budak 2 orang duk berlari2 dalam klinik tu..

Selesa je duk di pangkuan abah ye...

 Kaki tu kuat batul, awak tu baru 3 bulan lah syg, 
nanti bengkok tulang kaki tu..( ade ke camtu?)

Okeh...
Dah lama aku berkira2 nak sunatkan Khadijah.
Sejak dalam pantang lagi dah terfikir2 kat mane nak sunatkan dia.
Balik raya kampung, sepupunya yang tua 2 minggu pun dah sunat. Adoiii...
Risau jugakkan kalau dah besar baru nak sunat nanti susah sikit ataupun takut terlupe nak sunatkan je.
Last2 semalam aku try search kat tenet, cari senarai klinik kat Bangi ni. 
First telefon Klinik Syifa', dia kata boleh sunat tapi ada time dia. Isnin - khamis 9 pagi - 10 pagi kecuali rabu 8-10 pagi, weekend takde. (aku suka klinik syifa' kat Bangi ni sebab doktor2 dia sangatlah peramah terutama Dr Hasni )
Second call Klinik Ummi Salihah, seksyen 4 tambahan, Bandar Baru Bangi. Dia kata start petang sampai malam.. Okehhh....berehh.. 
SMS suami bagitau malam ni kita pegi sunat baby ye... suami kata ok...

Lepas maghrib kami bersiap2 untuk pegi klinik, Khadijah macam nampak happy je petang tu.( taktau ke ibu nak bawak gi sunat ni? hehe)
Sesampai kat klinik, ade 2 orang tengah tunggu giliran. Tunggu punye tunggu lame betul org kat dalam tu. 

 
 berbual2 dengan khadijah utk kurangkan sikit 
cemas aku....(ibunye pulak yg cemas)

Akhirnya tibalah giliran kami. Doktor tu dengan muka biasa tanya ade ape? Aku jawab nak sunat. Owh ok, bagi dia baring. Aku pun baringkanlah Khadijah kat atas katil yang dilapik tisu tu dan terus buka seluar dan pampers dia. Dia sangatlah comel malam tu, senyum dan gelak aje... Taktahu yang dia akan mengalami kesakitan malam tu, sabarlah wahai anakku...

Lepas siap doktor ambik sgala kelengkapan dia, dia suh aku pegang lutut baby kiranya dalam keadaan terkangkang lah kan....Tibe2 aku ternampak gunting dalam bekas alat dok tu. aduuhhhh...ngerinya.... Aku rasa macam nak tukar kasi suami aku yang pegang lutut baby time tu, dan terlepas tangan aku sekejap. Dok tu trkejut dan suh aku pegang balik lutut baby. Aku pun pegang balik tapi muka aku pusing ke sisi dapat tgk baby time tu sengih2 pandang aku. tiba2, tappppp!!!!


Aku tgk baby terkejut dan terus nangis sekuat2nya.. uwwwwaaa....

Dah siap tu doktor pun terus bawak perkakas dia tu ke sink untuk basuh apa yang patut. Masa tu baby tak henti lagi nangis, sambil aku pakaikan pampers dan seluar dia... Yang aku geram mase ni, doktor tu pandang kat kami, dan dia tanya, Kenapa? aku pelik dgn soalan dia, takkan tak tahu baby kan lepas sunat, mestilah sakit. dia sambung lagi cakap "baby lain nangis sekejap je" dengan nada yang sinis... Aku yang tak sempat dah nak pakaikan seluar jawab "dia nak nenen" dan terus angkut baby keluar klinik masuk kereta untuk susukan dia... Baby isap nenen dengan tenangnye... Dalam hati aku membebel lagi, napelah doktor tu cakap camtu, suka ati anak aku lah nak nagis lame ke sekejap ke...dah dia baby, mane dia tahu pape, lagipun menda tu sakit kot....ishhh,...geram aku..


Owh ye, bayaran untuk sunat ni murah je iaitu RM15..  kat tempat lain tak tahulah berapa, ade jugak sesetengah klinik tu charge RM20, still murah lagi kan...(wp terkilan dengan sikap doktor yg kurang mesra tadi, aku abaikan jelah..)
 


2 comments:

  1. ape da dokter tu...tak mesra alam dan supportive langsung...:) anak aty ni lelaki..kalau boleh nak sunatkan awal2 gak..tapi asben tak kasi sebab kate nak buat mase besar ley siap buat kenduri..mandi air bomba bagai...huhu...nase ar anak lelaki ek..:)

    ReplyDelete
  2. haha...anak laki best kalu sunat dah besar skit, bleh bt kenduri bagai. tapi zaman skang ade lagi ke yg siram2 ngn paip bomba? hihihi..

    ReplyDelete