Pages

Monday, December 26, 2011

Minggu ke 16 mama...

Hai anakku sayang....mucuk2...
Kebelakangan ni ibu rasa letih sikit, cepat sangat mengahnye... Naik tangga 2 3 langkah pun dah mengah. Ibu pun dah kurang minum susu enfamama A+ tu sebab ibu rasa pening dan loya setiap kali ibu minum susu tu... Tekak rasa tak selesa, last2 ibu cuba ambil makanan berkalsium lain untuk tampung keperluan kalsium yang diperlukan olehmu anakku... Ibu amik yogurt, susu low fat, dan kadang2 ibu amik hi goat... Makan makanan macam ni ibu tak pening kepala, lagi sedap adelah...hehe....
Ibu juga tak lupa ambil makanan berkhasiat untukmu, macam sayur-sayuran dan protein kerana ibu mahu kamu mendapat khasiat secukupnya, nanti takdelah kamu akan rasa sakit dan selalu demam je.... Ibu taknak kamu sakit2 bile membesar nanti... Ibu mahu kamu membesar dengan senang dan gembira....

Abah? hmmm... dia dah semakin berisi sekarang ni. Ape taknya, dia selalu je makan dengan banyak. Ibu pun tak tahu kenapa dia betul2 berselera saat makan...hmmm.... ramai yang tegur dia dah makin berisi, lagi2 tang perut tu, dah sama naik ngan perut ibu ni, silap2 dia punye perut lagi besar dari ibu...hahaha...

haaaa...lupa ibu nak bagitahu kat baby sesuatu... baby nak tahu tak, minggu lepas kan mama pergi bercuti di Bandung. Baby tahu ape yg ibu beli untuk baby? ce teka!!! hehehe... Ibu belikan baju new born, tilam dan beg untuk baby tau.... Happy tak?!!! Saat ibu pegang baju baby tu mama dah rasa macam baby ada di sisi ibu.. ibu tak pernah rasa perasaan macam tu, asing sekali... Tak terucap rasa hati bila ibu cium baju yang akan baby pakai bila baby keluar nanti. Ibu tak tahu macamne nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kat Allah yang sudi menghadirkan baby di dalam rahim ibu ni.... Ibu juga tak sangka secepat ini baby ada dalam rahim ibu sebab semuanya tak pernah terlintas di fikiran ibu... Ibu gembira sangat ada baby dalam rahim ibu ni, hasil cinta ibu dan abahmu... 

Oklah, ibu nak sambung tgk tv jap, cerita Tentang Dhia tgh femes sekang ni...hihi.... jap lagi bru solat maghrib.. Terukkan ibu? hihi... janji lepas ni tk buat dah....bye belog..

No comments:

Post a Comment